Thursday, April 30, 2009

Godzilla's Story part 5

Gongggggggggggg…….

“ Bangun-bangun,wahai permaisuriku. Jangan malas-malas kelak cepat tua. Cik puan mesti belajar hal sejarah keturunan tok. Laju-laju pegi mandik. ” si Spendell ngerepak sambil memukul gong di sebelahnya. (korang bayangkan jak camne Wane ngerepak, tp tok versi lelaki.)

“ Jam baruk jak nunjuk pukul 3.00 pagi. Ku g skolah pun x bangun awal camtok. Hampeh-hampeh. Mun ku tauk ku kenak dera camtok xda ku mok batu kat tepi jalan ya. Batu cantik yang menyusahkan. Huuuuhhhh.” aku mengeluh lagi. Setelah selesai mandi aku mengenakan pakaian diraja ku( Baju gaon gyk ya. Adaka patut.Gugok martabat ku.) dan memulakan langkah ku menuju bilik pentadbiran.

Dalam setiap perjalanan aku dikelilingi oleh pak guard yang hensem-hensem(macam spesies si spendell ya juak upa sidak). Memang menyeronokkan kerana aku boleh cuci mata namun kadang kala menyesakkan jiwa juga. “ Cik Puan, masok sitok. Hari tok kita belaja salah silah keturunan Cik Puan. Mesti cik Puan tertanyak-tanyak gney bleh jadi queen sitok nak? Kamek kenalkan Johnny Dapo, ketua bahagian pentadbiran. Oleh sebab nya selalu mendampingi raja-raja dolok, jadi nya bleh tahan terer mun cita sal keturunan Cik Puan. Si Tomey Keruks, pakar sejarah keluarga Queen ada hal kat Negara lain.” Kata Si Spendell.

Jatuh cinta lagi, lagi lagi ku jatuh cinta……..( tiba-tiba lagu tok jadi background music)

“ Nguhu…. Sorang gik pak cek hensem. Aku dalam dilemma, si Spendell jaik or si Johnny Dapo bait? Camne tok, sik pokes laa aku camtok.” Bisik hatiku.

“ Selamat pagi, Cik Puan. Kamek Johnny Dapo bersedia untuk berkhidmat untuk Cik Puan.” Katanya sambil mengucup tangan ku.

Bukkkkkkkkkkkkkkkkk….(bunyi gugok)

“Cik Puan!!!!!!!”

Aku dihantar di Hospital Diraja pada pagi itu. Ketika itu aku masih dalam rawatan selepas pengsan. Sempat juga ketika aku pengsan aku bermimpi……..

(Aku bermimpi)

“ Oh adindaku Cik Puan, sudah lama patik menunggu adinda. Beta punya soklan untok adinda. Sudikah adinda berkawen dengan patik? Patik amat cintakan dinda.” Kata Johnny Dapo.

“Oh, Johnny Dapo. Dinda sanggggg…..” aku menjawab, namun ada yang mencelah.

“ Wait a menet!!!! Patik mencelah. Cik Puan adalah milikku. Mbak sini” Teriak si Spendell.

Pulangkannnn….(lagu Misha Omar tetiba jadi background music)

“ Tidak!!!!!! Cik Puan is mine.” Johnny menjawab.

Lalu mereka pun berlawan pedang. Aku hanya mampu melolong-lolong mengatakan TIDAK sejak mula mereka berlawan. Tiba-tiba….

Splashhhhh!!!! Banjir tiba!!!!

( Tersedar dari pengsan)

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home