Tuesday, April 28, 2009

Godzilla's Story part 4

Seperti istana dalam ‘anime’. Istana idamanku. Hari ini memang banyak memberiku kejutan, kejutan yang sungguh mengejutkan sehingga aku terkejut kerana kejutan yang mengejutkan aku sehingga aku terkejut secara mengejut. Di sekelilingku dipenuhi taman bunga yang dihiasi bunga- bungaan yang tidak pernah kulihat. Memang cantik. Sungguh mengharukan. Aaaaaa…. Aku berharap semua ini bukanlah sebuah fantasi yang menyebabkan aku berfantasi sehingga aku berfantasi dengan fantasi yang hebat sekali fantasinya. Kami dijemput oleh golongan kuda. Mereka sememangnya kuda namun hanya menggunakan dua kakinya, berbaju seperti seorang ‘waiter’, dan pandai bercakap. Memang moden haiwan dalam dunia ini.

Aku dijemput masuk ke dalam istanaku. Kelihatan golongan bangsawan menunggu kedatanganku. Mereka memberi tanda hormat buat kali pertama kepada waris Raja Kacak, Queen Hensem. Kegembiraan ku memang tidak dapat diperkatakan. Bertuahnya diriku seorang budak kecik yang berumur 17 tahun tiba-tiba menjadi seorang permaisuri yang hebat dan bergaya. Sesuatu yang membanggakan. Namun begitu, siapakah mendiang Raja Kacak yang diperkatakan mereka(Bapak aku kan Ali Hensem)? Aku masih lagi tertanya-tanya. Arghh…biarkanlah!

“ Ehem, Queen. Pa gik pegi tuka baju ya, time pertabalan kitak jadi Queen sebenar sik lamak gik. Laju! ” abang Spendell ngerepak. “ Huhh…pak cik tua lalu nya ya. Muka jak hensem. Palak! ” keluhku.

Acara pertabalanku disambut dengan meriah sekali walaupun sungguh berlainan dengan pertabalan Agong kita yang penuh adat istiadat. Pertabalan yang mengambil masa berjam-jam ini menyebabkan aku berasa letih yang teramat melampau dan maha power ranger(melampau dari yang melampau).

Namun begitu, semua peristiwa yang berlaku pada hari ini masih menjadi tanda tanya buatku. “ Nak kata parents ku tok da keturunan Diraja sik juak. Yang ku tauk aku da darah orang Brunei. Klak la ku tanyak Spendell. ” Aku melelapkan mataku.

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home