Tuesday, April 7, 2009

Godzilla's Story part 1

Pada suatu pagi aku melihat sebuah longkang dihadapan rumahku. Kelihatan menarik melihat ikan kecil serta berudu berenang-renang. Sungguh gembira dan menyeronokkan. Aku memulakan langkahku ke sekolah. Ketika dalam perjalanan, aku terlihat sebiji batu yang kelihatan bersinar-sinar. “ Wah, kacak na batu tok! ” ku berkata. Ketika aku ingin menyentuh batu itu, tiba-tiba ribut melanda. Sungguh tidakku sangka. Puting beliung ligat berputar bergerak ke arahku. Entah mengapa aku berasa badanku lumpuh. “ Ish, pahal badanku tok? Time tok juak nya keruk. Palak! ”bisik hatiku. Nampaknya aku terpaksa melepaskan nyawaku seperti aku membuang kertas di tong sampah.

“ Ngucap ku dolok, eyh. Adios bumi, bestfriendku, familyku dan pusakku. ” hatiku berkata.

Jadi aku pun mengucap dua kalimah syahadah kerana aku fikir aku akan mati, rupanya itu hanyalah fikiran kolotku yang melampaui batas. Seperti mati hidup semula, aku melihat keadaan sekelilingku putih sahaja. Tiada bangunan tinggi, tiada manusia dan yang hebatnya hanya aku seorang sahaja.

“ Hello! ” teriakku.

Tiada panggilan dari suara manusia lain. Aku terfikir, adakah aku di alam akhirat? Atau aku berada di syurga yang sudah lama aku impikan. Tak mungkin! Aku sudah banyak berbuat dosa.

Tiba-tiba…

“ Hoi, orang muda. Sitok ko. “ suara yang berkemungkinan milik seorang lelaki tiba-tiba memanggilku. Aku membalas panggilannya, “ Gine mok tauk sine kau, semua putih xda traffic light gik ya. ” “ Palak na mbiak tok. Nah, aku bagi ko kompas. Ko jalan ikut utara jak. Mun ko salah ko akan tinggal kat dalam tok selamanya. Hahaha…”kata makhluk sial yang menggangguku dari tadi. Tiba-tiba muncul di hadapanku sebuah kompas emas(cantek gila kompas tok). Aku mengambil kompas tersebut dan memulakan tugasku dalam mencari arah. “ Susah naa guna kompas tok. Dahla geografi selalu failed. Jual ku ajak~ emas tok!! Ngahahaha… namun kerana usahaku untuk meneruskan perjalanan aku dengan berhati-hatinya mengikut arah utara yang dinyatakan oleh makhluk sial tadi. Selepas beberapa minit berjalan, akhirnya aku sampai ke sebuah pintu yang amat besar. Tiba-tiba pintu tersebut terbuka denagn sendirinya, seperti mengetahui akan kehadiranku. Alangkah terkejutnya aku! Cahaya aneh terpancar di sebalik pintu menyakitkan mataku. Seperti terkena pancaran UV yang dihasilkan matahari ketika pemanasan global. Cahaya tadi beransur malap. Dengan perlahan aku membuka mataku dan

WOOOOOOOOOOWWWWWWW…….

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home